Wednesday 4 November 2015

KEPERLUAN VITAMIN C KEPADA TUBUH

Sejauh Mana Vitamin C Dapat Diserap Oleh Tubuh?

Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4-5 jam sekali.

Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari.

Kadar penyerapan Vitamin C akan berkurangan bagi individu yang merokok, tertekan, demam panas, menggunakan antibiotik, terhidu DDT atau wap dari petrol dan dengan pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit. Pengambilan air baking soda bagi individu yang mengalami masalah pencernaan akan menyebabkan medium dalam perut menjadi beralkali, yang mana akan memusnahkan Vitamin C.

Sumber: Albert Szent-Gyorgyi; Nobel-prize winner for his discovery of vitamin C


18 KEBAIKAN VITAMIN C

Ayuh Kita Lihat Kebaikan Vitamin C

  1. Memberi efek kulit yang sekata, cerah dan lembap.
  2. Sesuai untuk ibu mengandung.
  3.  Sesuai untuk merawat jerawat di wajah dan badan.
  4. Bagi yang menghadapi masalah resdung amat sesuai diamalkan setiap hari.
  5. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi serta gigi yang sihat.
  6. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran melindungi daripada jangkitan dan selsema, serta meningkatkan imuniti.
  7. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  8. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  9. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain seperti alergi.
  10. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  11. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  12. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  13. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih berguna dalam rawatan anemia.
  14. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  15. Merawat jangkitan saluran kencing.
  16. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain .
  17. Untuk kanak-kanak-memadai dengan mengambil separuh, kerana jumlah vitamin C yang diperlukan oleh kanak-kanak hanya 250mg sehari.\
  18. Vitamin C Shaklee adalah jenis "sustained released" atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 5 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C DALAM DOS YANG BANYAK?

Perokok Tegar

Asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang.

Individu Yang Hidup Dalam kalangan Perokok

Kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C.

Pesakit Kencing Manis

Mereka yang mengalami masalah kencing manis sangat memerlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

Individu Yang Alergi/Asma

Vitamin C mampu meningkatkan antibodi. Selain itu dapat mengurangkan keradangan kulit. Mampu melembabkan kulit kering. 

Individu Yang Mempunyai Antibodi Yang Lemah

Badan yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria. 

Menjalani Pembedahan

Vitamin C membantu mempercepatkan baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman.

Mengalami Stres Fizikal Atau Mental

Vitamin C termusnah akibat 'stress' 

Warga Tua

Golongan warga tua perlu mengambil vitamin C terutama jika mengamalkan ubat-ubatan lain.

Wanita Mengandung Dan Menyusukan Anak 

Vitamin C banyak disalurkan kepada anak untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi. 

Mengambil Pil Perancang/Anti-biotik/Painkiller (Ubat Tahan Sakit)

Ubat-ubatan jenis ini boleh menyerap serta memusnahkan vitamin C dalam badan.

Mengambil Alkohol

Alkohol akan memusnahkan vitamin C. 


Secara kesimpulannya, kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.  

Sekiranya anda memerlukan vitamin C, pilihan yang terbaik untuk anda dan keluarga tersayang. 2 pilihan terbaik vitamin C Shaklee iaitu

©      Sustained Release Vita-C 500mg 
©      Chewable Vita-C Plus 100mg

Kedua-dua jenis vitamin ni tak kurang hebatnya. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi ramai orang salah faham! Kebanyakan orang sangkakan Sustained Release Vita-C 500mg tu untuk orang dewasa dan Chewable Vita-C Plus 100mg tu untuk kanak-kanak


CHEWABLE VITA-C PLUS 100MG VS  SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS  500MG

Chewable Vita-C Plus 100mg

Mengandungi Vitamin C Plus [100mg]·   
Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 24.00mg
(provide 2.0mg Hesperidin)
(Provide 2.0mg Lemon Bioflavonoids) 
(Provide 1.50mg Orange Biofolavonoids) 
(Provide 0.50mg Grapefruit Bioflavanoids) 
# Rose Hips Powder – 40.00mg 


Cara Tindakan Chewable Vita-C Plus 100mg


Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah.·   Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus! 


Kelebihan Chewable Vita-C Plus 100mg



Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
Lebih mudah dikunyah.
3.      Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
4.      Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
5.      Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
6.      Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalaman seperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
7.      Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
8.      Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.


Sustained Release Vita-C 500mg 
Mempunyai Vitamin C – 553.00mg
Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 120.00mg Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya.
Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.  


Cara Tindakan Sustained Release Vita-C 500mg 

Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet. Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama Sustained Release’ kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam!  Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi ‘Sustained Release’, Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?


Kelebihan 
Sustained Release Vita-C 500mg 
Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.
Tidak perlu ambil berulang kali.
Dengan formulasi ‘Sustained Release’ ataupun ‘Pelepasan Masa’.


KORANG TAU TAK?

Terdapat pelbagai sumber semulajadi yang mampu membekalkan vitamin C kepada badan seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Contohnya, buah jambu batu, oren, tembikai, kiwi, mangga, tomato dan lain lain. Sekurang-kurangnya kita perlu makan 4 jenis buahan sehari untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi kepada tubuh. Untuk pengetahuan anda, kuantiti pengambilan vitamin C setiap individu adalah berbeza.  Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keperluan Vitamin C berbeza kepada individu. Antara faktor yang membezakan kuantiti keperluan vitamin c sehari ialah:

v  Berat badan
v  Umur
v  Jantina
v  Gaya hidup
v  Kadar metabolism
v  Tahap kesihatan
v  Ibu mengandung
v  Perokok
v  Tekanan perasaan/ stress
v  Perubahan emosi

Jadual di bawah merupakan kuantiti pengambilan dos vitamin C sehari yang dicadangkan untuk individu normal oleh National Institute of Health (NIH).

KEPERLUAN VITAMIN C SEHARI
(National Institute of Health NIH)
Jenis Individu
Keperluan Vitamin C (mg)
Lelaki Dewasa
90 mg
Wanita
75 mg
Ibu Hamil
85 mg
Ibu Menyusu
120 mg
Bayi 7-12 bulan
50 mg
Bayi 0-6 bulan
40 mg

Sumber : http://www.drweil.com/drw/u/ART02811/facts-on-vitamin-c



CADANGAN PENGAMBILAN:

Untuk Pemeliharaan Kesihatan - 2 kali sehari, diambil setiap hari, 2 tablet setiap kali selepas makan.

Untuk Melawan Kanser, Influenza, Penyembuhan Penyakit - 3 kali sehari, diambil setiap hari, 2 tablet setiap kali selepas makan.



PERINGATAN:

Sekiranya anda mengambil Vitamin C secara berlebihan pada satu masa, kesan sampingan seperti pedih ketika kencing, cirit birit, ruam pada kulit ataupun selalu kentut. Jika terjadi simptom-simptom ini, anda perlu mengurangkan dos yang diambil dan perbanyakan minum air kosong je.



NOTA KAKI: Bagi penyerapan yang lebih baik dan berkesan, Vitamin C perlulah diambil selepas makan.



BEST ke tersangat BEST?
SUKA ke tersangat SUKA?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.


Apa tunggu lagi, segeralah miliki Shaklee Sustained Release Vita C Plus 500mg anda sendiri dan berkongsi kebaikannya bersama keluarga tersayang.

Anda punya kemusykilan, pertanyaan, pembelian produk Shaklee atau sebarang cadangan, jangan sengan-silu untuk hubungi saya dimana-mana medium berikut;-

Nasriah Abdullah - Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/telegram : +6016-817 8716


add saya di facebook :
www.facebook.com/aura.adhwa

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:
www.afcebook.com/panduan.nutrisi.adhwa
www.facebook.com/ummy.adhwa
www.facebook.com/menjana.pendapatan.hanya.dari.rumah

Jemput singgah ke blog saya:
http://panduannutrisiadhwa.blogspot.my
http://ummyadhwa.blogspot.my
http://nasriahabdullah.blogspot.my


1 comment:

  1. Titanium Mountain Bike - Horse racing & Bikes | TITanium Arts
    TOTO has been designed titanium nitride coating service near me by Toto and the group of mens titanium wedding bands world's best titanium nitride specialists since 2005. This unique and titanium plate reliable titanium 6al4v bicycle has an unrivalled

    ReplyDelete